Dr. Mohd Fauzi Bin Hamat
Department of Akidah and Islamic Thought
University of Malaya
Malaysia
Biography
Profesor Madya Dr. Mohd Fauzi Hamat, dilahirkan pada 08 Ogos 1969 di Kampung Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. Beliau berkahwin dengan Puan Nurilhuda Haji Endut dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata (dua lelaki dan dua perempuan). Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Menengah Arab, Khairiah, Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan (1975-1983), kemudian memasuki sistem pengajian pondok kelolaan Tuan Guru Haji Zakaria Ismail di Pondok Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan. Dalam tempoh tersebut, beliau mengambil peperiksaan secara persendirian Sijil Rendah Pelajaran (SRP) (1984), Sijil Menengah Ugama (SMU) (1985), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (1986). Kemudian beliau menyambung pelajaran ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu (1987-1990) dan memperolehi Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dengan pangkat Mumtaz. Selepas itu, beliau menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab (1991-1992) di Kulliyah al-Dirasat al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah. Selepas pulang ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai Guru Sandaran di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan. Kemudian, berkhidmat sebagai Tutor di Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya (sekarang dikenali sebagai Akademi Pengajian Islam). Ketika berkhidmat sebagai tutor, beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Usuluddin (Falsafah Islam) (1997) dan PhD (Falsafah Islam) (2002) daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Pensyarah pada tahun 2002, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pensyarah Kanan pada tahun 2006 dan Profesor Madya pada tahun 2007 hingga kini. Pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, UM (2006-2009 & 2010-2012), Pengurus Jurnal Usuluddin (2003-2006) dan Ketua Editor Jurnal AFKAR (2006-2009 & 2010-2012), Ketua Unit Perundingan Islam (2003-2006) dan Penyelaras Program Pengajian Islam (2003-2006). Pernah menjadi felo penyelidik di Georgtown University, Washington DC (2001), University of Paris 7, Paris (2009) dan Leiden University, The Netherlands (2010). Dari segi khidmat perundingan, beliau dilantik sebagai Ahli Panel Pakar Akidah JAKIM (2013-2019), Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2005-2013), Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2012-2017), Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) (2009-2014), Panel Jawatankuasa Semakan Kurikulum Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Majlis Peperiksaan Malaysia, Penilai Luar Program Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnISZA), Kuala Terengganu (2009-2012) dan lain-lain lagi. Dari segi penglibatan dalam aktiviti luar, pernah menjadi Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), SMKA Maahad Hamidiah, Kajang Selangor (2011-2013), AJK PIBG Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (2011-2013) dan Timbalan Nazir (Pengerusi) Masjid Bandar Bukit Puchong, Selangor (2009-2012). Pernah menerbitkan beberapa buku ilmiah dan makalah dalam beberapa jurnal ilmiah yang dirujuk di Universiti Malaya seperti Jurnal Usuluddin, Jurnal AFKAR, Jurnal Syariah, Jurnal al-Bayan, Jurnal al-Tamaddun, Jurnal al-Muqaddimah, Jurnal Penyelidikan Islam (JAKIM) dan Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah Waljama`ah (Brunei). Kebanyakan bukunya diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya seperti Akidah dan Pembangunan Modal Insan (2012), al-Asma’ al-Husna dan Modal Insan (2011), Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (eds) (2007) dan Ketokohan al-Ghazzali di bidang Logik (2005). Kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Bahagian Ijazah Tinggi) dan Pengurus Kualiti, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (1.8.2016-31.7.2018) . Pernah menjadi Profesor Madya Kunjungan di Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (2012-2014).
Research Interest
Humanities, Art and Culture (Islamic Theology (Aqidah)) Islamic Thought Islamic Philosophy
Publications
-
Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin. 2012. Akidah dan Pembangunan Modal Insan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya (ISBN 9789831005606).