Dr. Mohd Muhiden Bin Abd Rahman
Department of Al-Quran and Al-Hadith
University of Malaya
Malaysia
Biography
Mohd Muhiden Abd Rahman di lahirkan pada 26 Julai 1964 di Bukit Tengah Bukit Mertajam Pulau Pinang. mendapat Pendidikan awal di SK Panji Kota Bahru Kelantan dari tahun 1970-1976.. Kemudian menyambung pelajaran di Sek Men Arab Tarbiah Mardhiah Panchor, Kemumin Kota Bharu Kelantan dari tahun 1977-1982 sebelum menyambung pengaajian di Ma`had Muhammadi Kota Bharu Kelantan dari tahun 1983-1984. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Su`ud Riyadh Saudi Arabia dari tahun 1984-1990 dan mendapat Diploma Bahasa Arab serta Ijazah Pertama di bidang Pengajian Hadith Fakulti Usuluddin dari Universiti tersebut pada tahun 1986 dan 1990. Memulakan kerjaya sebagai seorang guru sandaran di Maahad Saniah Pasir Puteh Kelantan dari bulan Mac sehingga Oktober 1990. Seterusnya mendapat tawaran sebagai tutor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bermula 1 Oktober 1990. Pada yang sama beliau melanjutkan pengajian di peringkat Master dan PhD dalam bidang pengajian Islam dan Usuluddin di universiti Malaya. Seterusnya dilantik sebagai pensyarah pada tahun 1994 dan pensyarah kanan pada tahun 2004. Kemudian dilantik Profesor Madya pada tahun 2008. Sekarang menjawat jawatan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan bermula 1 September 2008 sehingga 30 Jun 2011.
Research Interest
Islamic Studies (Sirah Nabawiyyah (Prophet History)) Methodology of Hadith Methodology of Analysis of Ahadith Nabawi Hadith Studies Biography and Bibliography of Hadith
Publications
-
Mohd Muhiden Abd Rahman, 2015, Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram (Solat), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka