Global

Business & Management Experts

Dr. Mohd Zaidi Bin Daud


Department Of Syariah And Law
University of Malaya
Malaysia

Biography

Mohd Zaidi Daud merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada tahun 2005. Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 2009 di universiti yang sama. Dianugerahkan pelajar terbaik peringkat Sarjana oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kini, beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Syariah) di bawah tajaan UM dan KPT sebagai Felo SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputra). Beliau terlibat sebagai penyelidik bersama dalam beberapa projek penyelidikan antaranya ialah RP007D-11HNE Islamic Law in Practice in Malaysia-State, Society, Fatwa, Shariah Courts and Islamic Finance, LRGS2013- Pembiayaan, Pelaburan dan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi Menerusi Instrumen Wakaf, RG374-12HNE-Peranan NGO Wanita Islam dalam Mempromosikan Gender Equality dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia dan beberapa Negara Asean dan RG282/11HNE-The Development of Islamic Criminal Law in  Aceh. Beliau pernah menjalani beberapa program akademik di luar negara antaranya ialah Postgraduate International Workshop di Istanbul Foundation for Social and Sciences, Turkey pada 24/3/2014 sehingga 4/4/2014. Pada tahun 2013, beliau telah mengikut pengajian dan penyelidikan sebagai Visiting Scholar di Center for the Study of the Middle East and Muslim Civilizations, University of North Carolina at Chapel Hill, USA selama satu semester (Ogos 2012-Disember 2012). Pada tahun 2010, beliau juga telah menjalani program penyelidikan di Kuliyyah Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir selama 3 bulan (Mei 2010-Ogos 2010). Pernah membentangkan kertas kerja di peringkat negara dan antarabangsa. Antaranya di International End of Year Multidisciplinary Conference 2011 di Bad Hofgastein, Austria. Beliau juga pernah menyertai pelbagai bentuk kursus dan latihan antaranya ialah Learning’s Workshop Outcome dan Qualitative Research Methodology Workshop. Beliau aktif dalam penglibatan pelbagai aktiviti persatuan dan jawatankuasa-jawatankuasa seminar di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa yang dianjurkan oleh Jabatan Syariah dan Undang-Undang mahupun Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau juga telah dijemput oleh JAKIM sebagai fasilatator dalam draf asas Modul Sijil Pengajian Tinggi Pengurusan Harta dan Kewangan Islam pada April, September dan November 2014. Beliau juga memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha, ALUMNI Akademi Pengajian Islam 2012/2014 dan Penasihat Syariah and Law Society (SALSOC), Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya untuk tahun 2014. Beliau telah dilantik sebagai Juruaudit Majlis Alumni Pengajian Islam Kebangsaan (MAPIK) 2014/2015 dan juga sebagai Jurulatih Program Discover Your Soft Skills @ University Malaya (iCONS) bermula 1 Ogos 2014 sehingga 31 Julai 2017.

Research Interest

Law and Administration of Muslim Property Islamic Estate Planning and Wealth Management

Publications

  • Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Zalfa Laili Hamzah, Mohd Zaidi Daud & Fuadah Johari (2017). Managing the Institution of Zakat: Case Study of Muallaf in Selangor, Malaysia. In Dilip Mutum, Mohammad Mohsin Butt & Mamunur Rashid (Eds.), Advances in Islamic Finance, Marketing and Management (pp. 325-340). United Kingdom: Emerald Group Publishing Limited.

Global Experts from Malaysia

Global Experts in Subject

Share This Profile
Recent Expert Updates
  • Matthew L Stone
    Matthew L Stone
    pediatrics
    University of Virginia Health System; Charlottesville, VA
    United States of America
  • Dr.   Matthew
    Dr. Matthew
    pediatrics
    University of Virginia Health System; Charlottesville, VA
    United States of America
  • Dr.  L Stone Matthew
    Dr. L Stone Matthew
    pediatrics
    University of Virginia Health System; Charlottesville, VA
    United States of America
  • Dr.  L Stone
    Dr. L Stone
    pediatrics
    University of Virginia Health System; Charlottesville, VA
    United States of America
  • Dr. Matthew L Stone
    Dr. Matthew L Stone
    pediatrics
    University of Virginia Health System; Charlottesville, VA
    United States of America
  • Dr.  R Sameh
    Dr. R Sameh
    pediatrics
    King Abdul Aziz University
    United Arab Emirates
  • Dr.   R Ismail,
    Dr. R Ismail,
    pediatrics
    King Abdul Aziz University
    United Arab Emirates
  • Sameh R Ismail,
    Sameh R Ismail,
    pediatrics
    King Abdul Aziz University
    United Arab Emirates
  • Dr.   Sameh R Ismail,
    Dr. Sameh R Ismail,
    pediatrics
    King Abdul Aziz University
    United Arab Emirates
  • Dr.   William
    Dr. William
    pediatrics
    Maimonides Medical Center
    United States of America