Dr. Muhammad Ikhlas Bin Rosele
Department Of Fiqh And Usul
University of Malaya
Malaysia
Biography
Merupakan anak kelahiran Pahang, di Kampung Gali Hilir, Raub. Membesar di Kampung Budu, Kuala Lipis Pahang. Pengajian di peringkat awal di Kampung Budu, Sekolah Rendah Kebangsaan Budu dan kemudian di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Diniah, Raub, Pahang. Selanjutnya menyambung pengajian di peringkat sekolah tinggi di Kulliah Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Ditawarkan menyambung di peringkat asasi di Universiti Malaya bertempat di Nilam Puri selama dua tahun. Selepas itu, melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, UM dan memperolehi segulung ijazah pada tahun 2012. Kemudian, ditawarkan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di universiti yang sama dan memperoleh gelaran Doktor Falsafah pada tahun 2016. Beliau merupakan anak lelaki kepada Rosele bin Mohd Sari dan Norihan bt Aman. Anak ketiga daripada empat adik beradik. Beliau juga merupakan suami kepada Ummi Farahin Yasin dan mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Aqil Munsif. Beliau membina kepakaran dalam bidang zakat (khususnya zakat institusi kewangan Islam di Malaysia) dan fiqh kehartaan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam. Dalam bidang zakat beliau mempunyai kerjasama yang erat dengan Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan selain terlibat dalam penulisan buku, artikel jurnal dan pembentangan dalam seminar kebangsaan dan seminar antarabangsa. Selain itu, kecenderungan kajian beliau meliputi bidang fatwa, muamalat, sejarah perkembangan hukum Islam. Beliau telah menghasilkan karya penulisan seperti 4 buah buku, 21 bab dalam buku, 31 artikel jurnal dan sejumlah kajian dalam bentuk kertas kerja yang dibentangkan. Semua penulisan tersebut merangkumi bidang kehartaan, zakat, muamalat, kewangan Islam, fatwa, sejarah perkembangan hukum Islam dan halal. Beliau juga melibaykan diri dalam kajian pensejarahan Islam dengan kerjasama Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Beliau (sebagai satu sumbang bakti kepada negeri kelahiran) dengan kerjasama penyelidik lain telah bersama-sama mengkaji mengenai Islamisasi di Pahang, Ilmu Kolonial dan Pengkajian Kitab Jawi. Muzium pekan juga kerap melaksanakan kolokium sabam tahun dan melibatkan beliau sebagai salah satu pembicara atau pembentang kertas kerja. Selain daripada itu, beliau juga terlibat dengan pertubuhan Majlis Dakwah Negara di mana memegang peranan Ketua Kumpulan Kerja Pembelajaran Sepangjang Hayat, Dewan Siswazah MDN dan Jawatankuasa Pembentukan Kurikulum Pondok Perdana, MDN. Sebagai seorang Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, beliau melaksanakan tugasnya dengan mengendalikan kuliah, tutorial dan penyelidikan yang amat berkait dengan bidang Fiqh dan Usul FIqh.
Research Interest
Islamic Studies (Fiqh al-Mu'amalah) Islamic Studies (Contemporary Fiqh) Islamic Studies (Fiqh al-Zakah) Islamic Studies (Islamic Property Law)
Publications
-
Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj. Abdullah & Abdul Karim Ali (2017). Perkembangan Institusi Kewangan Islam di Malaysia dan Prospek Masa Hadapan. Dalam, Abdul Karim Ali & Mohd Roslan Mohd Nor (ed.). 6 Dekad Kemerdekaan: Agenda Menuju Kehadapan (hh. 123-150). Bangi: Persatuan Ulama Malaysia.